Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat era utama iaitu Era Penulisan, Era Percetakan, Era Telekomunikasi dan Era Komunikasi Interaktif. Beliau menamakan kesemua ini sebagai evolusi komunikasi manusia.
1)Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.
2)Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.
3)Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.
4) Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.
Sejarah Internet
Sekitar tahun 1960-an, penyelidik-penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer-komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat. Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubungan dengan bantuan talian telefon. Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Advanced Reseach Project Agency (ARPA) , Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Pendekatan tersebut menemui kejayaan dan era Rangkaian Komputer bermula.Ianya kenudian dikenali sebagai ARP Anet. Rangkaian ini membolehkan sesebuah sistem komputer berkongsi data dan maklumat dengan mudah dan pantas.Terdapatbanyak lagi projek rangkaian lain yang berfungsi dengan menggunakan sistem yang tersendiri seperti NSF (National Sciene Foundation), MILNET dan sebagainya. Perkembangan system rangkaian ini berubah begitu pantas dan pesat.
No comments:
Post a Comment