Tuesday, March 17, 2015

ALLAH ADALAH KEKUATAN...UNTUK MENCARI KEKUATAN, CARILAH ALLAH

Jugra terletak di daerah Kuala LangatSelangorMalaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau CareyKampung kanchong daratBantingJenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai LangatJugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai KelanangKampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan SelangorRumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit JugraSampanperahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari KajangBalakongHulu Langat,Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.
Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan:

Jugra


No comments:

Post a Comment